2023 Rakan Bahasa
Pertandingan Pembuatan Video Teever!
Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim muncul sebagai pemenang dalam Pertandingan Pembuatan Video Teever!
Kami gembira untuk mengumumkan bahawa peserta berbakat kami, Nur Haaniyah & Naurah dari 4 Honesty, telah meraih tempat kedua dalam pertandingan nasional yang dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu NHB dengan kerjasama dengan Teevers Pte Ltd.
Kedua murid ini telah meluangkan masa dan usaha mereka dengan menghadiri latihan dalam talian selama 2 jam pada 28 Mac, diikuti dengan taklimat yang informatif pada 10 April, di mana tema dan butiran pertandingan telah diumumkan.
Kandungan video bertemakan Permainan Tradisional Melayu. Mereka menggunakan ‘Permainan Berlagu,’ iaitu permainan yang diiringi dengan irama Melayu tradisional, sebagai bahan utama video. Video ini memaparkan aspek budaya serta kegembiraan kanak-kanak yang suka dengan permainan tradisional ini. Terdapat juga contoh permainan berlagu yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam bilik darjah.
Kami mengucapkan tahniah kepada Nur Haaniyah & Naurah atas pencapaian cemerlang mereka.
Kami juga ingin menyatakan rasa terima kasih kepada Majlis Bahasa Melayu NHB dan Teevers Pte Ltd atas menganjurkan platform yang luar biasa ini untuk memupuk kreativiti dan mempromosikan warisan Melayu.
Moga kedua-dua Rakan Bahasa kita akan terus menjadi inspirasi kepada teman-teman mereka untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi. Tahniah sekali lagi!